Wednesday, April 2, 2014

Penyakit Sendi


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum
Ini merupakan percubaan pertama saya untuk menulis entry berkaitan vitamin Shaklee pilihan saya iaitu Advanced Joint Health Tablet. kenapa saya berminat sangat dengan vitamin yang satu ni kerana ibu mertua saya memang bermasalah dengan penyakit sendi sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan seperti manusia normal.Perlu mengengsot untuk bergerak dan untuk berjalan perlukan bantuan kerusi atau tongkat untuk memudahkan ibu mertua saya bergerak. Terbaru, ibu kandung saya sendiri mengalami masalah sendi selepas terjatuh dari kerusi. Sebagai anak dan juga menantu memang menjadi kewajipan saya untuk ambil tahu produk yang sesuai untuk saya cadangkan pada ibu kandung dan juga ibu mertua saya.
Sebelum itu izinkan saya untuk menerangkan penyakit-penyakit sendi yang sering dialami masyarakat sekeliling kita khususnya golongan yang lebih dewasa dan berusia.Tetapi harus diingat, golongan muda juga berpotensi mengalami penyakit sendi jika kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan yang sihat..Hummm..berdoalah bukan kita dalam golongan muda tu.Jom kita semak secara ringkas apa itu artritis
Artritis
Artritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.
Arthritis Reumatoid Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecacatan.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Pembengkakan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri
  •  Kekakuan pada awal pagi
  • Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
  • Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi
  • Kelemahan dan kepenatan
  • Demam bergred rendah
  • Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan
  • Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama




Osteoarthritis Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Sakit dan pembengkakan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang,     siku dan juga pada sendi-sendi di hujung jari
  • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat
  • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan



Nampak menakutkan bukan gambar-gambar yang saya sertakan?Bagaimana rupanya penyakit Arthritis Reumatoid dan Osteoarthritis yang menimpa si pengidapnya.Jadi sebagai langkah pencegahan dan perawatan saya ingin terangkan secara ringkas fungsi vitamin Advanced Health Joint dalam membantu memelihara kesihatan sendi kita
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.
Kelebihan :
1. Menyokong keselesaan sendi ( Ekstrak Boswellia )dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
2. Bertindak sebagai kusyen Ekstrak jagung ) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat ( zink, tembaga, mangan dan vitamin C ) Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Untuk sihat perlu banyak membaca. Untuk sihat perlu korbankan wang dan masa dan untuk bagi anda sihat tanggungjawab saya untuk menjual produk yang tepat untuk merawat penyakit anda.Jadi tunggu apa lagi?Dengan segala kebaikan yang terkandung di dalam Advanced Joint Health Tablet memang berbaloi untuk anda hadiahkan kepada ibu bapa tercinta yang mengalami masalah penyakit sendi.Siapa tak nak jadi anak mithali kan? :)
Sebarang pertanyaan , konsultasi percuma dan pesanan produk boleh hubungi saya di 013-4305343 (LIHA AMIN). Anda boleh WhatsApps atau SMS untuk respon terpantas dari saya

No comments:

Post a Comment