Monday, April 7, 2014

Hadiah Untuk Ibu Ku Sayang


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Tiba-tiba jadi excited nak tulis entry kali ini. Cerita kali ini saya nak share kegembiraan saya kerana berjaya juga membeli sebotol Advanced Joint Health Tablet untuk saya hadiahkan kepada ibu tersayang Puan Samsiah Hj Napiah. Sayang mak ! huhuhu...

Lepas kejadian jatuh kerusi tempoh hari mak sakit kaki sebelah kanan. Tersilap langkah jer...habis sakit satu kaki sampai tak boleh berjalan. Saya jauh di utara ni memang risaukan keadaan mak. Mujur ada kakak sulung temankan mak di rumah. Terima kasih kakak sulung ku Puan Majinah Md Amin. Jaga mak elok-elok yer..hehehe

Saya hadiahkan AJHT kerana saya yakin dengan keberkesanan produk Shaklee yang satu ni. Memang khusus untuk menjaga kesihatan sendi. Saya syak mak saya ada masalah pada sendi sebab tu bila sakit kakinya datang dia terus tak boleh berjalan. Kenalah urut dengan minyak panas barulah boleh berjalan. Humm...mak kata kalau sakit tu datang ada bunyi 'meletup' dari kakinya..Uiii..dengar pun ngeri. Kadang-kadang sakit tu datang sewaktu sedang bersolat. Kasihan mak..terganggu ibadahnya kerana sakit kaki yang tak terjangka hadirnya.


Ya Allah...Jauhkan mak dari penyakit Osteoarthritis. Aminnn


Harapan dan doa saya semoga sakit mak akan sembuh setelah mengamalkan AJHT. In Shaa Allah dengan izin Nya. Saya hanya berusaha yang terbaik untuk kesihatan ibu tersayang. Selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah. Kalau berkesan boleh juga jadi testimoni AJHT saya akan datang.

Haa..kepada anda yang berminat nak hadiahkan AJHT pada ibu bapa anda yang ada masalah sendi, jangan malu-malu untuk hello saya melalui :

Email : liha.md.amin@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/virusmapiakecik (jangan risau saya bukan ahli mafia)
WhatsApps / Telegram : 013-4305343 (LIHA AMIN)

Inilah masanya untuk anda tunjukkan kasih sayang anda pada kedua orang tua. Dengan menghadiahkan sesuatu yang bermakna untuk kesihatan mereka. Jangan biarkan ibu bapa kita terus menderita sakit sendi. Shaklee ada penyelesaiannya.


No comments:

Post a Comment