Thursday, May 8, 2014

Meal Shakes + Omega Guard ----> Tanda Kasih Ibu

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Sempena Hari Ibu yang jatuhnya pada tanggal 10 mei 2014,penulisan saya kali ini ingin menyentuh berkenaan impak kasih sayang ibu kepada perkembangan otak anak-anak kita. Ada satu artikel yang telah di post di facebook menyebut tentang perkembangan otak dua kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Sila lihat gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas



Gambar di atas adalah gambaran saiz otak dua orang kanak-kanak berbeza. Jelasnya, otak kiri lebih besar dan padat berbanding otak disebelah kanan yang saiznya jauh lebih kecil dan mempunyai ruang-ruang kosong berwarna gelap. Soalnya mengapa begitu?

Menurut pakar neurologis, perbezaan pada saiz otak kanak-kanak tersebut berkaitan dengan tahap layanan mesra dan limpahan kasih sayang yang diberikan oleh ibu mereka. Otak sebelah kiri adalah kanak-kanak yang mempunyai ibu yang amat menyayangi dirinya dan sentiasa memberikan perhatian penuh kepada si anak sejak dari hari kelahirannya. Manakala otak sebelah kanan adalah otak kanak-kanak yang kurang kasih sayang dan tidak menerima perhatian sewajarnya dari si ibu. Oleh sebab itu, otak sebelah kiri lebih besar, kurang tompokan dan kurang kawasan gelap berbanding otak kanan.

Pepatah Melayu ada berkata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya anda sebagai ibu tidak menjalankan amanah anda sebagai ibu,emak,bonda,umi atau mama kepada anak anda, anda sendiri boleh meneka gambaran saiz otak anak-anak anda. Selain itu anda akan lihat apa akan terjadi pada masa depan anak-anak jika anda sebagai ibu mengabaikan aspek kasih sayang. Ingat! anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan kain putih tersebut sama ada kekal putih bersih atau bertukar menjadi kotor dan hitam.

Seterusnya kita semak apakah kesan kasih sayang ibu kepada masa depan anak-anak. Antaranya adalah:

1. Kanak-kanak yang memiliki otak sebelah kiri dari segi intelektualnya lebih bijak dan keupayaannya untuk berinteraksi dengan masyarakat lebih baik dan tinggi nilai empati. Manakala kanak-kanak otak kanan cenderung dengan gejala tidak sihat seperti terlibat dengan vandalisma, masalah sosial, cenderung dengan ketagihan dadah dan sukar mendapatkan pekerjaan yang baik.

2. Apabila minda anak-anak tidak berkembang dengan baik, kebarangkalian untuk anak-anak tersebut turut menjadi ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka juga tinggi. What you give you get back. Bukan sahaja mereka menjadi ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak, malahan anda juga bakal disisihkan dalam hidup mereka. Banyak kes anak buang emak buang ayah ke rumah-rumah orang tua kerana sejak kecil mereka tidak diasuh dengan nilai kasih sayang.

Sebagai peringatan, sebenarnya masih belum terlambat untuk kita berubah menjadi ibu yang penyayang dan prihatin dengan anak-anak. Tak rugi pun jika anda tunjukkan kemesraan kepada anak-anak apatah lagi jika anak anda masih kecil. Umur paling kritikal adalah ketika anak anda berumur bawah 2 tahun. Jika terlepas tempoh tersebut kita bimbang rebung sudah menjadi buluh. Berdoa lah selalu supaya kita diberikan kekuatan untuk merubah keadaan. Bukankah doa ibu itu antara doa-doa yang mustajab?

Sebagai ibu sebenarnya banyak cara untuk menzahirkan kasih sayang kita kepada anak-anak. Selain dari belaian manja, menunaikan apa sahaja permintaan anak-anak yang munasabah, menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anak juga merupakan tanda kita peduli dan sayangkan anak.

Kita lupakan kisah otak kanan sebaliknya kita fokus kepada otak kiri. Anda sebagai ibu tentu mahukan si manja anda memiliki otak kiri yang lebih besar..padat...dan kurang lubang-lubang kosong berwarna hitam. Kadangkala kita memang seorang ibu yang penyayang yang layak digelar ibu mithali, namun kecerdasan otak dan kecergasan tubuh badan si manja semuanya dengan izin Allah. Kita telah berikan yang terbaik untuk masa depan dan perkembangan minda anak-anak namun masih juga gagal mengawal kesihatan anak-anak dan membantu si manja menjadi anak yang bijak dan berpotensi tinggi.

Allah minta kita berusaha selain dari berdoa dan bertawakal sahaja. In Shaa Allah gabungan Meal Shake dan Omega Guard membantu memperbaiki tahap kecergasan tubuh dan kecerdasan otak anak-anak anda. Jika anda ibu penyayang apa salahnya jika melabur sedikit wang anda untuk kebaikan si manja. Okey jika tadi kita telah bercerita tentang saiz otak jom kita lihat pula apakah antara kebaikan yang terkandung di dalam Meal Shake dan juga Omega Guard. Paling penting inilah antara rahsia ibu penyayang untuk mendapatkan otak sebelah kiri (rujuk gambar di atas).


Meal Shake:

Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal

Menambah selera makan untuk anak-anak yang 'picky eater'

Meningkatkan sistem imunisasi si manja supaya tidak mudah diserang demam, selsema dan batuk

Membekalkan tenaga tambahan untuk anak-anak yang ingin belajar berpuasa

Alternatif untuk menambah berat badan si manja yang kurus 

Kaya dengan kalsium, magnesium, vitamin dan protein untuk menyokong perkembangan tulang yang sihat

pengambilan Meal Shake tidak menjadikan si manja obesiti kerana ia rendah lemak dan glisemik

Merupakan makanan untuk otak yang bijak kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein


Omega Guard:

Mengandungi asid lemak baik Omega-3 

Membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran, kemahiran menyelesaikan masalah, tumpuan, ingatan, dan komunikasi antara sel-sel

Omega-3 juga telah terbukti untuk membantu menggalakkan perasaan positif dan keseimbangan emosi, dan boleh membantu orang ramai mengekalkan keupayaan mental yang sihat seiring dengan peningkatan usia




Seronokkan bila anda tahu kebaikan-kebaikan yang terdapat di dalam Meal Shake dan Omega Guard. Sebagai ibu kita pasti mahukan yang terbaik untuk masa depan si manja anda. Saya yakin anda adalah ibu yang penyayang dan prihatin kerana anda pasti mahukan anak anda mempunyai otak kiri yang besar dan padat bukan?

Jangan tunggu lagi para ibu di luar sana..Jika si manja anda mempunyai masalah kurang tumpuan, lembam, kurang aktif dan sering sakit-sakit mungkin anda patut dapatkan set kanak-kanak pintar ini. Bantu sel-sel otak si manja supaya aktif bersambung dan tingkatkan kesihatan anak-anak anda.

Berminat untuk mendapatkan set kanak-kanak pintar ini? Boleh hello saya di:

Email : liha.md.amin@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/virusmapiakecik
WhatsApps / Telegram : 013-4305343 (liha amin)

Khidmat nasihat percuma untuk anda dari saya S.I.D anda LIHA AMIN (1091439)

Tuesday, April 29, 2014

Sebentuk Cincin Perak Batu Delima

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum W.B.T...

Tiba-tiba terasa nak menulis entry yang lari sedikit dari kelaziman entry-entry saya sebelum ini. Kisah tentang sebentuk cincin perak.Cincin perak ni pun bukanlah milik orang-orang terkenal tetapi empunya nya suami saya sendiri. Lately anak sulung saya Amru Qais gemar sangat bermain dengan koleksi cincin-cincin milik abahnya. Tak tau la apa yang my hero tu berkenan sangat dengan cincin-cincin sampai dibuatnya macam barang permainan pula..Humm..pesan jerla kat anak...' Main elok-elok..hilang nanti abah marah pulak'.Agaknya kerana mengerti dengan apa yang saya pesankan dia sekadar bermain di dalam bilik tidur dan akan menyimpan kembali ke dalam bekas cincin sebaik sahaja saya arahkan begitu.

Alkisahnya bukan nak cerita hobi anak saya bermain dengan koleksi cincin suami saya..tetapi antara empat bentuk cincin suami saya tu ada sebentuk cincin perak bertakhtakan batu delima. Rekaan cincin perak tersebut pada hemat saya memang menarik dan cantik. Bagi saya halus ukirannya tetapi pada pandangan orang yang lebih arif mungkin biasa-biasa sahaja. Harga untuk sebentuk cincin perak tu sahaja mencecah hampir RM700. Agak mahal dan saya boleh dapatkan cincin emas yang cantik rekaannya. Pengukir cincin tersebut telah pun lama meninggal dunia. Yang buat cincin perak tersebut menarik dimata saya kerana sifat amanah si pengukir cincin tersebut. Suami ada menyebut sewaktu dihujung hayatnya cincin tersebut belum siap sepenuhnya. Namun kerana amanah dan rasa tanggungjawab sebagai muslim, tambahan pula ajal semakin hampir beliau sempat berpesan kepada warisnya untuk siapkan tempahan cincin suami saya walaupun dia telah meninggal dunia. Anda nampak apa moral disebalik cerita saya ni? Sekalipun nyawa dihujung tanduk amanah la dengan janji-janji kita kepada orang lain. Sekalipun waktu itu suami saya baru membayar deposit cincin belum membuat bayaran penuh, tetapi kerana memikirkan azab yang akan diterima di akhirat nanti..orang kata ingat tuhan..arwah tetap melaksanakan amanahnya sekalipun cincin tersebut tidak mendapat sentuhan tangan beliau sepenuhnya kerana telah pun dijemput Ilahi.

Gambar hiasan sahaja


Jadi kepada saya sendiri, dan anda di luar sana tunaikan amanah yang telah orang lain berikan kepada kita. Jujurlah dengan diri sendiri. Amanah ni bukan sahaja amanah ketika berjanji ketika bekerja ketika beribadah kita perlukan sifat amanah. Kalau tidak terjadilah ketirisan amalan ketika beribadah dan kecurangan dalam melaksanakan pekerjaan.

Okey sampai disini sahaja bebelan saya pada hari ini. Kisah sebentuk cincin perak. Dalam Shaklee pun jika kita tidak amanah tidak mudah untuk menempa kejayaan bukan?? Jadi kepada yang ingin berjaya di dalam hidup silalah amanah dengan diri anda sendiri sebelum anda menerima amanah orang lain. Ingat azab neraka bila menerima amanah.

Wednesday, April 9, 2014

Penjagaan Kesihatan Pesakit Sendi



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum


Entry kali ini saya akan kongsikan secara ringkas kaedah penjagaan kesihatan untuk si pesakit sendi. Ia nya juga sebagai rawatan semulajadi selain daripada kebergantungan pesakit kepada ubat tahan sakit, suntikan ataupun pembedahan. Kerana kita tidak dapat menjangka apakah kesan jangka masa panjang jika terlalu berharap kepada rawatan sebegini sepenuhnya.

Okey jom kita semak gaya hidup sihat untuk pesakit sendi:

1. Mengekalkan berat badan yang sihat. Elakkan obesiti yer pembaca semua kerana akan memberi tekanan kepada sendi-sendi kita. Tambahan pula meningkatkan peratus kemerosotan rawan sendi.
2. Kerap bersenam. Contoh senaman seperti berjoging, berjalan atau berenang. Tujuannya untuk melancarkan perjalanan darah dan memastikan tulang dan otot kita kuat
3. Makan makanan seimbang. Mustahak untuk makan makanan yang berkhasiat dan seimbang demi mengekalkan berat badan ungul. Selain itu anda juga boleh mengambil supplement Shaklee yang khusus untuk merawat sendi iaitu Advanced Joint Health Tablet. Anda juga boleh gabungkan AJHT dengan OmegaGuard dan OsteMatrix
4. Pelihara kesihatan sendi anda dengan menggunakan mekanisma badan dan postur yang betul.Minimumkan aktiviti berat dan berhati-hati ketika membongkok untuk mengambil barang. Berehat jika terasa penat





Jadi jangan jadikan alasan sakit sendi untuk menghadkan pergerakan kita. Sebaliknya kita disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat supaya kekal cerdas dan sihat. In Shaa Allah penyakit sendi ini dapat dikurangkan kesannya jika kita amalkan langkah-langkah di atas
Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan set kesihatan sendi dari Shaklee anda boleh hello saya di:

Email : liha.md.amin@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/virusmapiakecik
WhatsApps / Telegram / Line : 013-4305343 ( LIHA AMIN )


Jom sertai Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli. Dengan modal RM75 anda mampu menjana pendapatan ribuan ringgit. Kepada para surirumah tangga ini lah masanya untuk menjana pendapatan dari rumah.
Sertai kami sekarang!!!


Tuesday, April 8, 2014

Trio Terhebat ! AJHT+OmegaGuard+Ostematrix



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum....


Biasanya kita dengar penyakit tiga serangkai...tetapi kali ini saya tidak berniat untuk menulis mengenai penyakit tiga serangkai. Tetapi ingin bercerita tentang Trio Shaklee yang cukup dikenali dan digemari.

Entry sebelum ini saya lebih menumpukan kepada keistimewaan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) sahaja. Untuk sesi pengenalan memang saya lebih fokus untuk menerangkan kelebihan dan kehebatan AJHT. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau tak dikenalkan manakan hendak jatuh cinta. Yer tak?

Okey kali ini saya akan perkenalkan gabungan tiga supplement Shaklee yang akan membuatkan anda terus jatuh cinta dengan set Sakit Sendi ini. Tidak lain dan tidak bukan gabungan antara AJHT , OmegaGuard dan juga Ostematrix. Trio untuk kesihatan sendi ini sememangnya mampu memberi kesan paling optimum dalam memelihara keselesaan sendi anda. Pastinya ibu bapa anda tersenyum lebar jika anda sebagai anak menghadiahkan trio terhebat Shaklee ini. Sejuk perut ibu mengandung.



Trio Sakit Sendi

Kelebihan :

AJHT - Membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan ( ekstrak Boswellia, ekstrak jagung dan Vitamin C + Zink + Tembaga +Mangan )

OmegaGuard - Mengurangkan inflamasi ( Omega 3 )

OsteMatrix - Mengekalkan sel tulang yang sihat ( Kalsium, Magnesium , Vitamin D , Boron dan Mangan + Tembaga + Zink)


Gabungan trio sakit sendi ini bukan sahaja sesuai untuk yang sedang mengalami penyakit sendi tetapi juga sebagai pencegahan awal kepada golongan yang lebih muda.

Jadikan juga Set Sendi ini sebagai hadiah terbaik buat insan yang anda sayangi. Kesihatan orang tersayang adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya.

Berminat untuk memiliki Trio Terhebat Shaklee ini?
Boleh hello saya di

Email : liha.md.amin@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/virusmapiakecik
WhatsApps / Telegram : 013-4305343 (LIHA AMIN)

Layangkan juga sebarang pertanyaan anda diruangan komen. Terima kasih..:)



Monday, April 7, 2014

Hadiah Untuk Ibu Ku Sayang


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Tiba-tiba jadi excited nak tulis entry kali ini. Cerita kali ini saya nak share kegembiraan saya kerana berjaya juga membeli sebotol Advanced Joint Health Tablet untuk saya hadiahkan kepada ibu tersayang Puan Samsiah Hj Napiah. Sayang mak ! huhuhu...

Lepas kejadian jatuh kerusi tempoh hari mak sakit kaki sebelah kanan. Tersilap langkah jer...habis sakit satu kaki sampai tak boleh berjalan. Saya jauh di utara ni memang risaukan keadaan mak. Mujur ada kakak sulung temankan mak di rumah. Terima kasih kakak sulung ku Puan Majinah Md Amin. Jaga mak elok-elok yer..hehehe

Saya hadiahkan AJHT kerana saya yakin dengan keberkesanan produk Shaklee yang satu ni. Memang khusus untuk menjaga kesihatan sendi. Saya syak mak saya ada masalah pada sendi sebab tu bila sakit kakinya datang dia terus tak boleh berjalan. Kenalah urut dengan minyak panas barulah boleh berjalan. Humm...mak kata kalau sakit tu datang ada bunyi 'meletup' dari kakinya..Uiii..dengar pun ngeri. Kadang-kadang sakit tu datang sewaktu sedang bersolat. Kasihan mak..terganggu ibadahnya kerana sakit kaki yang tak terjangka hadirnya.


Ya Allah...Jauhkan mak dari penyakit Osteoarthritis. Aminnn


Harapan dan doa saya semoga sakit mak akan sembuh setelah mengamalkan AJHT. In Shaa Allah dengan izin Nya. Saya hanya berusaha yang terbaik untuk kesihatan ibu tersayang. Selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah. Kalau berkesan boleh juga jadi testimoni AJHT saya akan datang.

Haa..kepada anda yang berminat nak hadiahkan AJHT pada ibu bapa anda yang ada masalah sendi, jangan malu-malu untuk hello saya melalui :

Email : liha.md.amin@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/virusmapiakecik (jangan risau saya bukan ahli mafia)
WhatsApps / Telegram : 013-4305343 (LIHA AMIN)

Inilah masanya untuk anda tunjukkan kasih sayang anda pada kedua orang tua. Dengan menghadiahkan sesuatu yang bermakna untuk kesihatan mereka. Jangan biarkan ibu bapa kita terus menderita sakit sendi. Shaklee ada penyelesaiannya.


Sunday, April 6, 2014

Cerita Penyakit Sendi Ibu Mertua Ku


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum WBT..

Sebenarnya saya kena post entry untuk semalam dan kelmarin..Tapi nampaknya saya berhutang 3 entry dengan my mommy..Sorry mommy Maria...huhu..

Okey tajuk  saya  hari ini berkenaan penjagaan sendi kita. Sebelum ini saya ada terangkan secara ringkas dua jenis penyakit radang sendi (artritis) yang sering dialami kita semua, iaitu osteoarthritis dan reumatoid arthritis. Click Penyakit Sendi untuk maksud osteoarthritis dan reumatoid arthritis.

Penyakit sendi memang satu penyakit yang sangat dekat dengan kehidupan saya. Tapi bukan saya ya yang ada penyakit sendi. Alhamdulillah masih sihat walafiat lagi..syukur alhamdulillah. Dekat dengan saya sebab ibu mertua saya merupakan penghidap sakit sendi sejak 7 tahun lepas. Sejak itu ibu mertua saya berjalan dengan bantuan tongkat dan kerusi yang ditolak ke sana ke mari untuk memudahkan beliau bergerak. Memang kesian..tapi ibu mertua saya memang seorang yang tabah. Walaupun pergerakan beliau terbatas tapi tetap menjalankan tugas-tugas memasak, mengemas dan membasuh seperti biasa. Malahan begitu rajin melayan karenah cucu-cucunya. Memang tabik spring la dengan my mother in law ni.

Oleh itu saya akan terangkan sedikit mengenai struktur tulang rawan dan juga kepentingan untuk menjaga kesihatan tulang rawan kita.

Struktur Tulang Rawan

Mengikut kefahaman saya melalui pembacaan tulang rawan manusia terdiri daripada :
  •  2 % sel Chondrocytes
  • 98 % bahan matrik (terdapat di bahagian luar sel dan berbentuk seperti gel
Matriks terdiri daripada kolegen, proteoglikan dan juga air. Proteoglikan yang terkandung di dalam matrik ini terdiri daripada bahan bernama chondroitin sulphate dan hyaluronic acide. Proteoglikan bentuknya seperti spring kerana chondroitin mempunyai cas negatif jadi ia saling tolak menolak antara satu sama lain.

Manakala sel chondrocytes pula bertanggungjawab untuk hasilkan kolegen dan juga proteoglikan yang berfungsi untuk menjaga keseluruhan kesihatan sendi kita serta penjanaan semula tisu rawan. Bermakna sel chondrocytes ini lah yang semakin kurang produktif dihasilkan oleh golongan berusia. Jadi adakah produk yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah ini?




Oleh sebab itulah Shaklee menghasilkan produk yang sesuai untuk penjagaan sendi yang optimum iaitu Advanced Joint Health Tablet. Setiap tabletnya mengandungi ekstrak Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan juga nutrient penting lain seperti zink, tembaga, mangan dan vitamin C yang efektif untuk memberi keselesaan pada sendi dan pergerakan.

Ya...rawatan dengan hanya makanan vitamin kesihatan memang nampak renyah dan lambat pula kesannya. Anda ada pilihan untuk melakukan suntikan atau pembedahan. Lebih mudah da cepat pula kesan yang anda boleh lihat. Tetapi dengan kos yang tinggi dan menyakitkan pula. Tak sanggup rasanya untuk menyerahkan bulat-bulat nasib ibu bapa kita pada hujung jarum suntikan atau hujung pisau pembedahan. Ngeri pun ada!

Saya ada kisah benar yang boleh dijadikan tauladan dan sempadan untuk anda di luar sana. Anda lupa ibu mertua saya menghidap penyakit sendi sejak 7 tahun yang lepas? Anda tahu punca yang menyebabkan penyakit sendi ibu mertua saya semakin rumit dan kronik sehingga tidak boleh berjalan seperti manusia normal? Semuanya kerana menyerahkan kakinya pada jarum suntikan yang diberikan oleh pihak hospital. Bukan nak salahkan perubatan hospital itu salah tetapi kadangkala nasib tak menyebelahi kita. Selepas ibu mertua saya mendapatkan rawatan suntikan di kaki dari pihak hospital lah beliau terus tidak dapat berjalan seperti biasa. Apa boleh buat..malang tak berbau. Harapkan pagar..pagar makan padi.Harapkan rawatan hospital, terus tak boleh berjalan.

Bukan apa....kita semua berhak membuat pilihan. Lebih-lebih lagi demi keselamatan dan kesihatan ibu bapa kita. Selagi keadaan kesihatan ibu bapa kita boleh dirawat dengan cara yang lebih selamat tak salah pun jika anda belikan sebotol Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Orang kata ' Cer try test..sebotol'. Anda jangan risau dan ragu-ragu In Shaa Allah tiada kesan sampingan yang timbul jika anda amalkan supplement ini kerana produk Shaklee dihasilkan dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi unsur dadah. Dengan AJHT anda dapat tiga kesan langsung pada sendi anda. Pertama menyokong keselesaan sendi anda supaya bebas dari sebarang kesakitan. Kedua, menguatkan struktur tulang rawan iaitu tisu perlindungan bagi dua hujung tulang yang bernama sendi. Ketiga memelihara kesihatan tisu penyambung yang bertindak sebagai penyerap hentakan untuk sendi sama ada ketika sedang berlari atau menuruni anak tangga.

Jika kita tidak mengamalkan makanan kesihatan seperti AJHT dikhuatiri jika kita semakin berumur atau pernah mengalami kecederaan (trauma) sendi, kita mudah terdedah kepada penyakit radang sendi ( artritis) seperti ostheoarthritis dan rheumatoid arthritis. Berdoa lah semoga kita bukan dalam golongan pesakit artritis dan jika ibu bapa kita berpotensi untuk menghidapi artritis ini lah masanya untuk anda hadiahkan sebotol Advanced Joint Health Tablet. 




Kepada yang berminat nak hadiahkan sebotol dua botol tiga botol atau lebih kepada ibu bapa anda boleh la hello saya melalui :

Email : liha.md.amin@gmail.com
WhatsApss / Telegram : 013-4305343 (LIHA AMIN)
Facebook : www.facebook.com/virusmapiakecik




Thursday, April 3, 2014

Surirumah Tarik Duit Ribuan Ringgit


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Syukur bertemu lagi untuk entry kedua saya pada minggu ini.Tajuk kali ini memang menarik sebab saya akan terangkan bagaimana caranya untuk tarik duit dari rumah!Tarik duit?Nampak macam tahyul kan?Jangan salah sangka.Kaedah tarik duit yang ingin saya terangkan ini tidaklah bersalahan dengan ajaran agama Islam malahan digalakkan pula di dalam Islam.Bagaimana kaedahnya?Jom teruskan membaca




Menjana pendapatan dengan Shaklee:

Shaklee adalah sebuah syarikat yang menawarkan produk yang mesra alam dan kesihatan yang baik.Shaklee merupakan sebuah syarikat MLM yang tidak mengamalkan sistem lapuk sebaliknya menekankan perniagaan dan konsultasi secara online.Kelebihan Shaklee anda bekerja keras anda mendapat ganjaran setimpalnya.Malahan anda boleh memiliki pendapatan melebihi upline anda jika anda gigih berusaha.Menarik bukan?Sistem perniagaan yang adil dan tidak menguntungkan satu-satu pihak sahaja

Di bawah saya terangkan secara ringkas kelebihan-kelebihan yang anda nikmati apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee:

  • Sebagai ahli Shaklee anda layak membeli produk pada harga ahli dan anda mengumpul point anda sendiri
  • Tanpa perlu mencari downline anda akan menikmati cash bonus jika anda mengumpul point 150uv atau lebih.Anda jual banyak kumpul point banyak cash bonus lagi banyak
  • Jika berminat untuk berbisnes secara online anda akan dibimbing secara online.Anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai keseorangan kerana anda berada di bawah upline yang berdedikasi dan telah menjana pendapatan ratusan ribu ringgit.Anda akan dibimbing secara personally melalui group social seperti WhatsApps atau Telegram
  • Paling menarik Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car(Bonus Kereta) dan Convention (Local & International - Umrah bagi ahli beragama Islam)


Bagaimana mendaftar sebagai ahli Shaklee?

  • Anda boleh membayar yuran pendaftaran sebanyak RM75 (yuran RM65 + postage RM10)
  • Membuat belian produk Shaklee sebanyak RM650 atau bersamaan 200uv yang melayakkan anda menjadi ahli Shaklee secara automatik

Seterusnya anda akan diberi penerangan lanjut secara personally.Jangan bimbang jika anda ragu-ragu boleh layangkan sebarang pertanyaan anda diruangan komen.Tiada paksaan untuk menjadi ahli Shaklee.


Sebab kenapa saya menjadi ahli shaklee:

1. Berminat dengan bisnes online.Dulu memang tak yakin nak berkecimpung dengan dunia perniagaan.maklum sajalah berniaga mesti melibatkan modal yang besar.tapi bila melihat adanya tawaran menjadi ejen dropship tanpa keluarkan sebarang modal terus terbuka hati untuk berjinak-jinak dengan perniagaan secara online.Komisen memang tak banyak tapi cari pengalaman dulu.Bila ada customer beli produk yang kita jual rasa terharu dan bersyukur sangat.Anda pun jika berada ditempat saya akan mempunyai perasaan tersebut.Tak percaya?Jom jadi ahli Shaklee

2. Buat duit sambil menjaga anak.Tak perlu hantar anak ke Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) atau pengasuh persendirian yang belum tentu kredibilitinya. Lebih-lebih lagi saya yang memang susah nak percaya kan orang lain untuk jaga anak saya.Bagi saya biarlah saya bersusah-susah dahulu dalam proses membesarkan anak saya.Saya mahu dia membesar di depan mata saya bukan membesar di mata pengasuhnya.Sanggup saya menamatkan pengajian Master saya kerana memikirkan sayang nak tinggal anak.Tambahan setelah usia semakin menginjak ke 30-an baru beroleh seorang cahaya mata.Lagi lah saya berat hati hendak keluar bekerja dan meninggalkan anak yang dikandung selama 9 bulan sewenang-wenangnya.Tidak mengapa rezeki Allah ada di mana-mana sahaja. Jadi surirumah pun kita boleh menjana pendapatan. Jadi tunggu apa lagi?Mari sertai kami di Shaklee.

3. Sebab ke tiga ni biasanya alasan utama mengapa para isteri menceburi bidang perniagaan online ini. Sebabnya hendak meringankan beban suami tercinta yang menanggung nafkah keluarga.Kadang-kadang gaji suami cukup-cukup makan,kadang-kadang negetif pula perbelanjaan bulanan.Terpaksa pula berhutang dengan kawan-kawan ataupun keluarga.Rasanya tak seronok membiarkan suami kita berhutang keliling pinggang tanpa kita sebagai isteri berbuat sesuatu untuk membantu mengurangkan kesusahan suami.Jadi sertailah kami di Shaklee,laburkanlah wang sebanyak RM75 sahaja bulan ini untuk anda didaftarkan sebagai ahli Shaklee.Bagi yang mampu mengeluarkan modal membeli produk Shaklee sehingga RM650 atau bersamaan 200uv silakan.Bagi yang tidak mampu Shaklee menawarkan peluang yang lebih mampu milik untuk menyertai keluarga Shaklee.Jadi apa anda tunggu lagi?Jika bulan ini anda mampu menabung RM40, anda perlu meyimpan baki RM35 sahaja lagi untuk melayakkan anda mendaftar sebagai ahli Shaklee pada bulan hadapan.Tidak begitu terbeban kewangan anda bukan?Tepuk dada tanyalah selera.

4.Apabila berjaya menjual sebarang produk,dapat pula melihat hasilnya dalam bentuk wang, secara automatik perasaan bersyukur kepada Allah SWT semakin meningkat.Terasa syahdu terasa dekat sangat dengan Allah SWT yang memberikan kita rezeki tidak disangka.Kadangkala seperti rezeki terpijak pula.Sebagai hambaNya yang lemah yang kadangkala lalai dalam mengerjakan perintahNya, Allah SWT masih murahkan rezeki kita.Kita yang terleka segera tersedar dan terus ingin mendekatkan diri kepada Nya.Sujud syukur kepadaNya atas segala rezeki yang dilimpahkan ke atas kita.Alhamdulillah...syukurnya..

5.Sebagai anak sekalipun kita telah bersuami sedikit sebanyak kena juga hulurkan bantuan kewangan pada kedua ibu bapa kita.Siapa tak sayangkan ibu bapa kan?Setelah berjaya menjana pendapatan melebihi 4 angka tidakkah terdetik ingin berkongsi rezeki Allah itu bersama orang tua kita.Semakin berkat rezeki kita jadinya.Walaupun arwah ayah tersayang meninggalkan harta yang cukup untuk keperluan ibu saya seorang, walaupun mempunyai tanah bendang yang menghasilkan belasan ribu ringgit setiap kali musim menuai, tetapi naluri seorang anak saya tetap mahu berkongsi wang poket hasil penat lelah saya kepada ibu tersayang bukan?Anda bagaimana?Kalaupun ibu tidak sudi menerima wang poket kita gantikan dengan beli pakaian yang cantik-cantik dan terbaik, hadiahkan barang kemas mungkin,bawa ibu kita cuti-cuti satu Malaysia atau mengerjakan umrah dan jangan lupa belikan vitamin terbaik untuk memelihara kesihatan ibu kita (semestinya vitamin Shaklee).Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandungkan kita.



Tidakkah sebab-sebab di atas menggoda anda untuk menyertai kami di Shaklee?Dengan menjadi ahli Shaklee pelbagai kelebihan anda akan nikmati.Tidak rugi anda menyertai kami kerana anda sentiasa dibimbing dan dilatih untuk menjadi jutawan online.Kepada yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga harmonis Shaklee boleh PM Facebook / SMS / WhatsApss / Telegram 013-4305343 (LIHA AMIN) untuk pertanyaan lanjut.Segala pertanyaan akan saya layan dengan seiklhlas hati