Sunday, April 6, 2014

Cerita Penyakit Sendi Ibu Mertua Ku


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum WBT..

Sebenarnya saya kena post entry untuk semalam dan kelmarin..Tapi nampaknya saya berhutang 3 entry dengan my mommy..Sorry mommy Maria...huhu..

Okey tajuk  saya  hari ini berkenaan penjagaan sendi kita. Sebelum ini saya ada terangkan secara ringkas dua jenis penyakit radang sendi (artritis) yang sering dialami kita semua, iaitu osteoarthritis dan reumatoid arthritis. Click Penyakit Sendi untuk maksud osteoarthritis dan reumatoid arthritis.

Penyakit sendi memang satu penyakit yang sangat dekat dengan kehidupan saya. Tapi bukan saya ya yang ada penyakit sendi. Alhamdulillah masih sihat walafiat lagi..syukur alhamdulillah. Dekat dengan saya sebab ibu mertua saya merupakan penghidap sakit sendi sejak 7 tahun lepas. Sejak itu ibu mertua saya berjalan dengan bantuan tongkat dan kerusi yang ditolak ke sana ke mari untuk memudahkan beliau bergerak. Memang kesian..tapi ibu mertua saya memang seorang yang tabah. Walaupun pergerakan beliau terbatas tapi tetap menjalankan tugas-tugas memasak, mengemas dan membasuh seperti biasa. Malahan begitu rajin melayan karenah cucu-cucunya. Memang tabik spring la dengan my mother in law ni.

Oleh itu saya akan terangkan sedikit mengenai struktur tulang rawan dan juga kepentingan untuk menjaga kesihatan tulang rawan kita.

Struktur Tulang Rawan

Mengikut kefahaman saya melalui pembacaan tulang rawan manusia terdiri daripada :
  •  2 % sel Chondrocytes
  • 98 % bahan matrik (terdapat di bahagian luar sel dan berbentuk seperti gel
Matriks terdiri daripada kolegen, proteoglikan dan juga air. Proteoglikan yang terkandung di dalam matrik ini terdiri daripada bahan bernama chondroitin sulphate dan hyaluronic acide. Proteoglikan bentuknya seperti spring kerana chondroitin mempunyai cas negatif jadi ia saling tolak menolak antara satu sama lain.

Manakala sel chondrocytes pula bertanggungjawab untuk hasilkan kolegen dan juga proteoglikan yang berfungsi untuk menjaga keseluruhan kesihatan sendi kita serta penjanaan semula tisu rawan. Bermakna sel chondrocytes ini lah yang semakin kurang produktif dihasilkan oleh golongan berusia. Jadi adakah produk yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah ini?




Oleh sebab itulah Shaklee menghasilkan produk yang sesuai untuk penjagaan sendi yang optimum iaitu Advanced Joint Health Tablet. Setiap tabletnya mengandungi ekstrak Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan juga nutrient penting lain seperti zink, tembaga, mangan dan vitamin C yang efektif untuk memberi keselesaan pada sendi dan pergerakan.

Ya...rawatan dengan hanya makanan vitamin kesihatan memang nampak renyah dan lambat pula kesannya. Anda ada pilihan untuk melakukan suntikan atau pembedahan. Lebih mudah da cepat pula kesan yang anda boleh lihat. Tetapi dengan kos yang tinggi dan menyakitkan pula. Tak sanggup rasanya untuk menyerahkan bulat-bulat nasib ibu bapa kita pada hujung jarum suntikan atau hujung pisau pembedahan. Ngeri pun ada!

Saya ada kisah benar yang boleh dijadikan tauladan dan sempadan untuk anda di luar sana. Anda lupa ibu mertua saya menghidap penyakit sendi sejak 7 tahun yang lepas? Anda tahu punca yang menyebabkan penyakit sendi ibu mertua saya semakin rumit dan kronik sehingga tidak boleh berjalan seperti manusia normal? Semuanya kerana menyerahkan kakinya pada jarum suntikan yang diberikan oleh pihak hospital. Bukan nak salahkan perubatan hospital itu salah tetapi kadangkala nasib tak menyebelahi kita. Selepas ibu mertua saya mendapatkan rawatan suntikan di kaki dari pihak hospital lah beliau terus tidak dapat berjalan seperti biasa. Apa boleh buat..malang tak berbau. Harapkan pagar..pagar makan padi.Harapkan rawatan hospital, terus tak boleh berjalan.

Bukan apa....kita semua berhak membuat pilihan. Lebih-lebih lagi demi keselamatan dan kesihatan ibu bapa kita. Selagi keadaan kesihatan ibu bapa kita boleh dirawat dengan cara yang lebih selamat tak salah pun jika anda belikan sebotol Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Orang kata ' Cer try test..sebotol'. Anda jangan risau dan ragu-ragu In Shaa Allah tiada kesan sampingan yang timbul jika anda amalkan supplement ini kerana produk Shaklee dihasilkan dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi unsur dadah. Dengan AJHT anda dapat tiga kesan langsung pada sendi anda. Pertama menyokong keselesaan sendi anda supaya bebas dari sebarang kesakitan. Kedua, menguatkan struktur tulang rawan iaitu tisu perlindungan bagi dua hujung tulang yang bernama sendi. Ketiga memelihara kesihatan tisu penyambung yang bertindak sebagai penyerap hentakan untuk sendi sama ada ketika sedang berlari atau menuruni anak tangga.

Jika kita tidak mengamalkan makanan kesihatan seperti AJHT dikhuatiri jika kita semakin berumur atau pernah mengalami kecederaan (trauma) sendi, kita mudah terdedah kepada penyakit radang sendi ( artritis) seperti ostheoarthritis dan rheumatoid arthritis. Berdoa lah semoga kita bukan dalam golongan pesakit artritis dan jika ibu bapa kita berpotensi untuk menghidapi artritis ini lah masanya untuk anda hadiahkan sebotol Advanced Joint Health Tablet. 




Kepada yang berminat nak hadiahkan sebotol dua botol tiga botol atau lebih kepada ibu bapa anda boleh la hello saya melalui :

Email : liha.md.amin@gmail.com
WhatsApss / Telegram : 013-4305343 (LIHA AMIN)
Facebook : www.facebook.com/virusmapiakecik




No comments:

Post a Comment