Tuesday, April 29, 2014

Sebentuk Cincin Perak Batu Delima

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum W.B.T...

Tiba-tiba terasa nak menulis entry yang lari sedikit dari kelaziman entry-entry saya sebelum ini. Kisah tentang sebentuk cincin perak.Cincin perak ni pun bukanlah milik orang-orang terkenal tetapi empunya nya suami saya sendiri. Lately anak sulung saya Amru Qais gemar sangat bermain dengan koleksi cincin-cincin milik abahnya. Tak tau la apa yang my hero tu berkenan sangat dengan cincin-cincin sampai dibuatnya macam barang permainan pula..Humm..pesan jerla kat anak...' Main elok-elok..hilang nanti abah marah pulak'.Agaknya kerana mengerti dengan apa yang saya pesankan dia sekadar bermain di dalam bilik tidur dan akan menyimpan kembali ke dalam bekas cincin sebaik sahaja saya arahkan begitu.

Alkisahnya bukan nak cerita hobi anak saya bermain dengan koleksi cincin suami saya..tetapi antara empat bentuk cincin suami saya tu ada sebentuk cincin perak bertakhtakan batu delima. Rekaan cincin perak tersebut pada hemat saya memang menarik dan cantik. Bagi saya halus ukirannya tetapi pada pandangan orang yang lebih arif mungkin biasa-biasa sahaja. Harga untuk sebentuk cincin perak tu sahaja mencecah hampir RM700. Agak mahal dan saya boleh dapatkan cincin emas yang cantik rekaannya. Pengukir cincin tersebut telah pun lama meninggal dunia. Yang buat cincin perak tersebut menarik dimata saya kerana sifat amanah si pengukir cincin tersebut. Suami ada menyebut sewaktu dihujung hayatnya cincin tersebut belum siap sepenuhnya. Namun kerana amanah dan rasa tanggungjawab sebagai muslim, tambahan pula ajal semakin hampir beliau sempat berpesan kepada warisnya untuk siapkan tempahan cincin suami saya walaupun dia telah meninggal dunia. Anda nampak apa moral disebalik cerita saya ni? Sekalipun nyawa dihujung tanduk amanah la dengan janji-janji kita kepada orang lain. Sekalipun waktu itu suami saya baru membayar deposit cincin belum membuat bayaran penuh, tetapi kerana memikirkan azab yang akan diterima di akhirat nanti..orang kata ingat tuhan..arwah tetap melaksanakan amanahnya sekalipun cincin tersebut tidak mendapat sentuhan tangan beliau sepenuhnya kerana telah pun dijemput Ilahi.

Gambar hiasan sahaja


Jadi kepada saya sendiri, dan anda di luar sana tunaikan amanah yang telah orang lain berikan kepada kita. Jujurlah dengan diri sendiri. Amanah ni bukan sahaja amanah ketika berjanji ketika bekerja ketika beribadah kita perlukan sifat amanah. Kalau tidak terjadilah ketirisan amalan ketika beribadah dan kecurangan dalam melaksanakan pekerjaan.

Okey sampai disini sahaja bebelan saya pada hari ini. Kisah sebentuk cincin perak. Dalam Shaklee pun jika kita tidak amanah tidak mudah untuk menempa kejayaan bukan?? Jadi kepada yang ingin berjaya di dalam hidup silalah amanah dengan diri anda sendiri sebelum anda menerima amanah orang lain. Ingat azab neraka bila menerima amanah.

No comments:

Post a Comment